| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Penjara Kali Ke 230 Peringkat Penjara Negeri Sembilan Bagi Tahun 2020 Di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

8 September 2020 (Selasa) ? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Penjara Kali Ke 230 Peringkat Penjara Negeri Sembilan. Perhimpunan telah bermula pada jam 9.00 pagi ini disempurnakan oleh YDH PKK Abd Rahman Bin Taib Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Turut Hadir KPKPj Mohamad Zakkuan Bin Talib Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan, PKP Shahrom Bin Mohamed Pengarah IPDJ dan PKP Fayrouz Bin Ahmad Zawawi Pengarah Penjara Seremban serta PP Wan Rosli Bin Dollah PYM Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin, Gemas. Pada perhimpunan tersebut, turut disampaikan perutusan Komisioner Jeneral Penjara Sempena Hari Penjara ke 230. Majlis telah diserikan dengan pemakaian pangkat Inspektor Penjara, Koperal & Sarjan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan kepada 100 orang kakitangan dan pemakaian pingat kepada 5 kakitangan dari semua wakil Institusi Penjara Negeri Sembilan yang terlibat. Program Derma Darah juga telah diadakan kerjasama bersama Unit Tabung Darah, Hospital Daerah Jelebu. Program telah berjalan lancar dengan mematuhi Standard Of Procedure yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.