| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bicara Hijrah Bersama Penghuni Penjara Sungai Udang Dengan Kerjasama Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka

Pada 8 September 2020 (Selasa) bersamaan 20 Muharam 1442H bertempat di Surau Al-Muhajirin, Penjara Sungai Udang dengan kerjasama Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka telah menganjurkan Program Bicara Hijrah bersama penghuni penjara. Program pada kali ini dibuat secara sederhana dan tidak semeriah seperti tahun sebelumnya kerana mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik COVID-19. Ceramah yang bertajuk 'Hijrah' telah disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Mohd Elyas Bin Ismail. Program telah berlangsung selama 3 jam dengan pengisian kepada penghuni penjara Sungai Udang Melaka.