| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Naziran Daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Ke Penjara Sungai Udang Berhubung Kajian Penjajaran Bayaran Insentif Ketukangan

Pada 02 September 2020 (Rabu), Jabatan Perkhidmatan Awam telah membuat naziran ke Penjara Sungai Udang. Tujuan naziran ini diadakan adalah berkaitan kajian penjajaran bayaran insentif ketukangan serta ingin mendapatkan maklumat berkaitan syarat kelulusan gred bagi setiap ketukangan. Naziran telah dihadiri YBrs. Dr. Mohamed Shahrizan bin Abu Bakar (Timbalan Pengarah Bahagian Saraan) bersama (5) Pegawai daripada Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam, Timbalan Komisioner Penjara Zaidi bin Hamid (Pengarah Bahagian Banduan / Tahanan Radikal Dan Berisiko Tinggi), Puan Nor Kamisah bin Che Daud (Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran), Puan Nur Shamilah binti Sahul Hamid (Timbalan Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran) dan Inspektor Penjara Mohd Hijan bin Harun (wakil Bahagian Keselamatan dan Inteligen). Naziran telah dilakukan di Bilik Amra dan penerangan telah disampaikan oleh Sub-Inspektor Hamdan bin Mohd Said. Seterusnya, naziran telah dilakukan di Blok Damai (blok tahanan reman) dan berakhir pada jam 5.00 petang.