| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Pengurusan Universiti Multimedia Ke Pusat Koreksional Puncak Alam

08 September 2019 (Selasa) - Institusi ini telah menerima kunjungan daripada Universiti Multimedia ke Pusat Koreksional Puncak Alam yang daripada 10 pegawai yang diketuai oleh Dr Abdullah Salehhuddin bin Abdullah Salim dan Puan Sri Kusumawati binti Mohd Daud.

Antara tujuan kunjungan adalah bagi membincangkan peluang dan potensi kerjasama strategik antara Universiti Multimedia dan Jabatan Penjara Malaysia khususnya Sekolah Integriti Puncak Alam, Pusat Koreksional Puncak Alam.

Kunjungan dimulakan dengan sesi taklimat berhubung operasi pengurusan institusi ini yang disampaikan oleh PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor selaku pengarah yang turut di hadiri pegawai-pegawai kanan serta ketua-ketua unit. Ahli-ahli jawatankuasa terlibat juga berpeluang dibawa melawat ke Blok Akademik Sekolah Integriti Puncak Alam untuk melihat sendiri suasana pembelajaran yang dijalankan.