| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke-230 Peringkat Penjara Pusat Sri Aman

Pada 3 September 2020 Penjara Pusat Sri Aman telah mengadakan Perhimpunan sempena Hari Penjara ke-230 Peringkat Institusi Penjara Pusat Sri Aman yang disempurnakan oleh PKP Anbalagan a/l Subramaniam, Pengarah Penjara Pusat Sri Aman. Dalam Perhimpunan tersebut, PKP PKP Anbalagan a/l Subramaniam telah menyempurnakan pemakaian pangkat, pingat penjara dan sijil penghargaan serta menyerahkan Sijil Tokoh Bulanan 2020 kepada anggota dan orang awam sebagai insiatif institusi untuk memupuk semangat kerja dikalangan warga Penjara Pusat Sri Aman. Pada hari tersebut juga, telah diadakan Gotong-royong mega, Senamrobik dan pertandingan Futsal lelaki & Badminton beregu Wanita diantara kakitangan penjara bagi memeriahkan lagi sambutan hari penjara yang ke-230.