| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Asas Psikologi Dan Kaunseling Pusat Koreksional Jasin, Melaka

24 Ogos 2020 (Isnin), bertempat di Dewan Orkid Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan Kursus Asas Psikologi dan Kaunseling yang dikendalikan oleh PP Jalelah Binti Haji Ismail dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Seramai (30) peserta terdiri daripada (6) Pegawai kanan dan (14) anggota lain-lain pangkat serta 10 kakitangan awam terlibat di dalam kursus. Antara objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan serta kefahaman tentang ilmu asas psikologi dan kaunseling serta perkhidmatan yang diberikan kepada warga Jabatan Penjara. Selain itu, ianya juga memberi maklumat serta penjelasan yang lebih terperinci berkaitan isu-isu kesihatan mental yang semakin meruncing pada ketika ini.

Di akhir kursus diharapkan para peserta mendapat manfaat, ilmu serta maklumat yang berkesan dan ianya dapat digunakan untuk diri sendiri bagi mengharungi cabaran di tempat kerja mahupun ketika berurusan dengan banduan.