| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Latihan Amali Dan Teori Menembak Pegawai Dan Anggota Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Pada 10 dan 11 Oktober 2019 ( Isnin dan Selasa ), bertempat di Dewan Orkid Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan Latihan Teori menembak kepada pegawai dan anggota Pusat Koreksional Jasin, Melaka yang dikendalikan oleh Sarjan Major Zahari Bin Zainal bersama Sarjan Penjara Bil. 13320 Mohamad Yusry Bin Mislan dan Sarjan Penjara Bil. 15216 Siti Rafeah Binti Salman.

Latihan Amali menembak telah dijalankan pada 15 Ogos 2020 (Sabtu) dan 22 Ogos 2020 (Sabtu) bertempat di Lapang Sasar Akademi RELA Sungai Udang, Melaka. Seramai (93) peserta terdiri daripada (14) Pegawai kanan dan (79) anggota lain-lain pangkat terlibat di dalam latihan tersebut. Latihan yang dijalankan melibatkan empat jenis penggunaan senjata api iaitu Pistol S&W MP9, Revolver .38 Special S&W, HK MP5 A3 dan Pump Action Short Gun. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran kepada pegawai dan anggota tentang teknik pengendalian senjata api yang sebenarnya. Selain itu, meningkatkan keyakinan beserta tindakan mengikut Akta dan Peraturan semasa menggunakan senjatapi.