| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Perjumpaan Bersemuka Sempena Hari Ibu 2009

Penjara Bentong - Khamis 28 Mei 2009

Bersempena dengan Hari Ibu Tahun 2009 Penjara Bentong Pahang telah mengadakan Program Sambutan Hari Ibu 2009 peringkat banduan/ penghuni. Program yang dikendalikan oleh Unit Pelan Pembangunan Insan tersebut bertemakan " Restumu Ku Pohon Kasihmu Membawa Ke Syurga ". Pengarah Penjara Bentong TKPj Mohd Sakeri bin Hj. Dollah turun padang untuk bersama-sama dengan ahli keluarga banduan yang hadir.

Dalam majlis tersebut seramai (10) orang banduan lelaki dan ( 1 ) orang banduan wanita telah terpilih dan berpeluang untuk bertemu secara terbuka dengan ibu dan keluarga yang dikasihi .

Objektif utama perjumpaan seumpama ini adalah bagi merapatkan hubungan, kemesraan dan melepas rindu antara anak dan ibu yang terpisah sepanjang banduan menjalani hukuman. Disamping itu juga perjumpaan ini dapat memupuk semangat silaturahim antara kakitangan dan orang awam.

Maklumbalas yang diterima dari keluarga banduan mengatakan mereka amat berpuas hati dengan adanya perjumpaan secara begini dan berharap akan di diteruskan di masa akan datang.