| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Jabatan Penjara 2010 Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu Sabah

01 November 2010 (Isnin), Sambutan Hari Jabatan Penjara 2010 Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu telah diadakan di perkarangan Dewan Merak Kayangan, Kompleks Penjara Kota Kinabalu yang telah disempurnakan oleh PP. Bismillah Abang Masra, Timbalan Pengarah Penjara ( Pengurusan ) Ibu Pejabat Penjara Sabah. Majlis sambutan bermula jam 8.00 pagi didahului dengan nyanyian lagu Negaraku, Kualiti Teras Kejayaan dan Bakti Setia diikuti dengan bacaan doa dan Ikrar Jabatan. PP Bismillah Abang Masra kemudiannya membacakan teks ucapan perutusan Y.B Dato Lee Chee Leong Timbalan Menteri Dalam Negeri. PP. Bismillah juga telah sudi menyampaikan Pingat-pingat, Anugerah dan Sijil kepada penerima-penerima yang layak.

Seramai 31 orang menerima Pingat Perkhidmatan Am ( PPA ), 10 orang menerima Pingat Perkhidmatan Setia ( PPS ), 01 orang menerima Pingat Ketua Pengarah ( Perak ), 02 orang menerima Pingat Ketua Pengarah ( Gangsa ), 01 orang menerima Pingat Cemerlang Penjara ( PCP ), 09 orang menerima Pingat Am Penjara ( PAP ), 01 orang menerima Pingat Setia Penjara ( PSP), 01 orang menerima Pingat Pekerti Penjara ( PPP ), 01 orang menerima Pingat Bakti Penjara ( PBP ), 01 orang menerima Sijil Kepujian Tertinggi Lencana Merah, 04 orang menerima Sijil Kepujian Lencana Hijau dan 2 orang menerima Sijil Penghargaan. Majlis sambutan berakhir pada jam 11.30 tengahari selepas Ceramah ( Keseronokan Bekerja ) yang disampaikan oleh En Tahir bin Juan, Pegawai Psikologi Institut Latihan Perindustrian Wilayah Persekutuan Labuan. Pada sebelah petang, majlis gotong Royong membersihkan kawasan PULAPEN sempena Hari Jabatan Penjara telah diadakan. Keesokan paginya pula telah diadakan lawatan ke rumah-rumah pesara yang kurang upaya dan menyampaikan sumbangan berupa hamper dan wang tunai. Sesi petang dipenuhi dengan perlawanan sukan bola tampar diantara Institusi-institusi Kompleks Penjara Kota Kinabalu.