Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak satu majlis berbuka puasa bersama penghuni penjara telah diadakan di Padang Kawat Penjara Taiping pada 23 Ogos 2010 bersamaan 13 Ramadhan 1431H. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan penyampaian cenderahati di Surau Nurul Hidayah (dalam kawasan penjara). Seterusnya majlis penyerahan wang zakat fitrah banduan dilakukan oleh Y.B. Dato? Mohammad Zahir bin Dato? Hj. Khalid, ADUN Kamunting. Beliau telah menyampaikan replika cek kutipan zakat daripada 250 penghuni yang terlibat berjumlah RM 2086.00 kepada Pegawai Jabatan Agama Taiping. Majlis juga turut dihadiri oleh TKPj Wan Abd Rahman b. Abdullah, Pengarah Vokasional dan Industri serta Pengarah-pengarah institusi penjara berdekatan, Ahli Jemaah Hakim Pelawat dan pesara-pesara Jabatan. ![]() |