Pada 14 Januari 2013 Unit Vokasional & Industri Penjara Pokok Sena telah mengadakan Jamuan Makan Malam sempena meraikan kejayaan Unit tersebut di dalam mencapai kejayaan jualan produk yang mebihi sasaran.majlis tersebut telah diadakan di Restoren Samudera Alor Setar, kedah dan telah dihadiri kira-kira 100 orang kakitangan yang bertugas di bengkel dan wakil unit-unit lain di Penjara Pokok Sena. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah PKK Hj Zawari bin Abd Rashid bersama Isteri serta diiringi Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena PP Shahhimin bin Hussien.
|