| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pembayaran Zakat Fitrah Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2016

Pada 30 Jun 2016 (Khamis), bertempat di Surau Penghuni, Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan  Program Pembayaran Zakat Fitrah Peringkat Penghuni yang melibatkan seramai 149 penghuni. Pembayaran dibuat untuk diri sendiri serta tanggungan. Sebanyak RM1,673.00 wang zakat telah dikeluarkan untuk penghuni pada tahun ini melalui potongan pendapatan gaji penghuni. Zakat fitrah ini diterima oleh Amil Zakat yang dilantik bagi Kompleks Penjara Kota Kinabalu iaitu IP Arbah Bin Kaster. Pembayaran zakat fitrah ini juga sebagai memenuhi tuntutan rukun Islam dalam meninggikan syiar Islam bagi membantu golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan.