| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sekalung Budi Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak

Pada 25 Januari 2019 (Jumaat) bertempat di Hotel Warisan, Taiping Majlis Sekalung Budi anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak telah diadakan bagi meraikan persaraan PP Hj Turedy bin Abdullah dan Kpl Hj Ishak bin Mohd Nazlan.
Majlis dimulakan tepat jam 8.30 malam dengan diserikan kehadiran TKP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak serta isteri, Puan Teo Siew Tho, Pengerusi PERSIAP cawangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak. Majlis telah dihadiri seramai 73 orang kakitangan dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak dan Pejabat-Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah serta ahli-ahli PERSIAP. Majlis diadakan secara meriah dengan gimik kejutan buat pegawai yang dirai, persembahan oleh penyanyi jemputan dan tayangan slide video bagi mengimbau kenangan bersama pegawai-pegawai yang dirai. Pengarah Penjara Negeri Perak juga telah menyampaikan ucapan bagi menghargai jasa dan sumbangan pegawai-pegawai yang dirai selama berkhidmat bersama Jabatan Penjara Malaysia.
Majlis tamat pada jam kira-kira 10.30 malam dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada pegawai-pegawai yang dirai oleh TKP tan Tian Heng dan penyampaian cenderamata kepada isteri pegawai-pegawai yang dirai oleh Pengerusi PERSIAP, Puan Teo Siew Tho.