| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Marhaban Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2019M/1440H

Pada 29 Januari 2019 (23 Jamadil Awal 1440H), Unit Agama Islam Penjara Kajang telah mengadakan Pertandingan Marhaban Peringkat Penghuni bertempat di Surau At-Taqwa, Penjara Kajang. Program bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertujuan mencari bakat baru dan memantapkan lagi persembahan marhaban dalam semua aspek. Majlis turut dihadiri oleh TPP Sa’ad bin Panthalani, KIP Shahril (P/Ketua Unit PPI), Ustaz Azhar Hj. Wi (Ketua Unit Agama) serta anggota yang terlibat. Seramai 291 banduan terlibat dengan program ini dan sebanyak 6 kumpulan telah menyertai pertandingan yang menyediakan hadiah lumayan untuk semua peserta. Johan pertandingan disandang kumpulan dari Blok Kekal, diikuti RPD dan blok Fajar.