| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Gotong – Royong Perdana Siri 4/2017 Penjara Sungai Udang, Melaka

Pada 14.12.2017 ( Khamis ) jam 05.00 petang bertempat di pusat Kejiranan Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan Gotong – Royong Perdana Siri 4/2017. Aktiviti ini adalah penutup aktiviti bagi tahun 2017 dimana sebelum ini telah dijalankan 3 siri aktiviti tersebut dan telah mencapai matlamat arahan dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia agar setiap institusi melaksanakan aktiviti gotong-royong 4 kali setahun iaitu 3 bulan sekali. Seramai 94 anggota pelbagai pangkat termasuk anggota wanita telah terlibat dalam aktiviti gotong-royong kali ini. Tumpuan kali ini adalah di bahagian pagar sempadan perumahan kakitangan Penjara Sungai Udang. Bagi anggota dan kakitangan wanita pula di bahagian pusat kejiranan. Aktiviti ini juga mengeratkan hubungan silaturahim dan tolong menolong antara kakitangan tidak mengira pangkat. Ia juga dapat melahirkan persekitaran yang bersih di sekitar kawasan kuarters kakitangan.