| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mini Konvokesyen Kanak-kanak Tabika KEMAS Penjara Sandakan 2017

19 November 2017 – Berlangsung Majlis Mini Konvokesyen Kanak-kanak Tabika KEMAS  Penjara Sandakan 2017 di Borneo Curve Hotel. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Zakaria bin Hj. Edris, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah merangkap Adun N.41 Gum-Gum. Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk meraikan seramai 46 orang kanak-kanak yang telah berjaya menamatkan pembelajaran di Tabika Kemas Penjara Sandakan dan akan meneruskan persekolahan darjah satu pada tahun 2018 nanti. Hadir bersama dalam majlis tersebut adalah YS PKP Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Sandakan yang juga turut menyampaikan ucapan alu-aluan. Turut hadir TPP Ardiansyah bin Malmod, Pengerusi Tabika KEMAS Penjara Sandakan, Encik Zakaria bin Patuhai, Pegawai KEMAS daerah Sandakan dan juga guru-guru Tabika KEMAS yang terlibat. Pelbagai acara sampingan diadakan bagi mewarnai kemeriahan majlis tersebut.