| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Deligasi Pegawai Penjara Negara Filipina Ke Muzium Penjara Malaysia

14 November 2017- Muzium Penjara Malaysia  telah menerima lawatan dari Deligasi Pegawai-Pegawai Penjara Negara Filipina. Rombongan seramai 53 orang pegawai terdiri daripada pelbagai lapisan pangkat telah disambut oleh Inspektor Mohd Khairul Azha Bin Yem yang mewakili Penguasa Penjara Mohd Rothman Bin Bujang Pengarah Muzium Penjara Malaysia Melaka.Sebelum Rombongan melawat ke tempat-tempat pameran,rombongan telah diberi taklimat mengenai fungsi dan peranan Muzium Penjara Malaysia oleh Inspektor Mohd Khairul Azha Bin Yem. Diharap dengan lawatan seperti ini dapat memberikan info yang berguna kepada kakitangan Penjara Negara Luar seterusnya dapat menjadikan Muzium Penjara Malaysia sebagai tempat rujukan,tempat memperkenalkan aktiviti-aktiviti serta produk jabatan dan juga sebagai tempat penyampaian maklumat.