| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Penjara Negeri Johor Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Peringkat Negeri Johor

Program Ikrar Bebas rasuah (IBR) bagi Jabatan Penjara Negeri Johor telah dilaksanakan pada tarikh 29 Oktober 2017 (Ahad) bertempat di Pusat Koreksional Johor Bahru dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor. Ikrar Bebas Rasuah merupakan satu inisiatif yang telah dibuat oleh pihak SPRM bertujuan untuk memberi penekanan dan meningkatkan iltizam agar kita menjauhi penyalahgunaan kuasa khususnya rasuah. Maka itu, Jabatan Penjara Negeri Johor turut mengambil langkah yang sama untuk berikrar dan komited untuk bersama-sama memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam keseluruhan operasi dan pengurusan.

“Ikrar Bebas Rasuah diadakan serentak dengan dialog bulanan bagi pegawai dan kakitangan penjara Negeri Johor. Ucapan perasmian “Ikrar Bebas Rasuah” ini telah dilaksanakan oleh Yang Berusaha KP Hj. Abd. Wahab bin Kassim Pengarah Penjara Negeri Johor. Antara yang hadir ialah Timbalan Pengarah SPRM Johor iaitu Tuan Zuber Bin Hj Zainal dan beberapa  pegawai SPRM lain, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor, Pengarah Institusi, pegawai kanan dan kakitangan penjara. Seramai 150 orang pegawai dan kakitangan seluruh institusi penjara di Negeri Johor hadir menjayakan IRB ini.
Ikrar Bebas Rasuah  telah dilafazkan oleh Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor, PKK Raha Binti Jawahir dan telah diikuti oleh pegawai serta kakitangan penjara yang lain disaksikan oleh Timbalan Pengarah SPRM Johor iaitu Tuan Zuber Bin Hj Zainal. Program seterusnya adalah simbolik kepada menandatangani akujanji IBR antara Jabatan Penjara Negeri Johor yang diwakili oleh PKK Raha Binti Jawahir dengan pihak SPRM Johor.