| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Rasmi Y.Bhg TKJP Dato’ Jamaludin Bin Saad Ke Tapak Baharu Penjara Pusat Sibu

Pada 13 Oktober 2017 (Jumaat), Y.Bhg TKJP Dato’ Jamaludin Bin Saad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara Pusat Sibu. Terdahulu, Y.Bhg TKJP Dato’ Jamaludin Bin Saad serta rombongan telah meninjau dan diberi penerangan tentang cadangan tapak baharu Penjara Pusat Sibu.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah TKP Ariffin Bin Mohd Nor (Pengarah Bahagian Agama Penjara Malaysia), En. Mohd Abidin Bin Abdul Rahman (Pengarah Kewangan), TKP Ajidin Bin Salleh (Pengarah Penjara Negeri Sarawak), PKP Bismillah Bin Abang Masra, Pengarah Penjara Pusat Sibu serta beberapa orang pegawai kanan dari IPPM dan Penjara Pusat Sibu.