| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gotong-Royong & Agihan Bubur Asyura Peringkat Kakitangan Penjara Marang Terengganu

16hb. Oktober 2017(isnin) - Bahagian Pemulihan dan Rawatan dengan kerjasama AJK Surau Muhammadiah dan PERSIAP Penjara Marang Terengganu telah mengadakan Program Gotong-Royong dan Agihan Bubur Asyura Peringkat Kakitangan Penjara Marang Terengganu. Program telah diadakan diPerkarangan Surau Muhammadiah Penjara Marang dengan penglibatan seramai 80 peserta.  Program dimulakan dengan aktiviti memasak bubur asyura pada jam 08.45pagi yang turut dihadiri oleh TPP Norimi Bin Ibrahim@Nor Ketua Bahagian Pemulihan dan Rawatan. Program turut dimeriahkan dengan aktiviti gotong-royong oleh PERSIAP dengan penyediaan masakan selera ala pantai timur. Program seumpama ini merupakan salah satu medium dalam mempereratkan hubungan silaturahim antara kakitangan dan anggota serta mewujudkan semangat berkumpulan.