| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Mahabbah Pengarah Penjara Sungai Petani, Kedah Di Pejabat Mufti Negeri Kedah

Ahad, 27 Januari 2019, satu Lawatan Mahabbah daripada PKP Raja Nazril Azman b. Raja Azam Iskandar, Pengarah Penjara Sungai Petani telah diadakan bersama Yang Berbahagia Datuk Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah. Pertemuan tersebut telah diadakan di Pejabat Mufti, Anak Bukit, Kedah. Lawatan tersebut telah diadakan dalam suasana tenang dan harmoni. Hasil daripada lawatan tersebut, banyak perkara telah dibincangkan bagi menghasilkan kesan yang positif kepada kerjasama yang akan dijalinkan pada masa akan datang. Turut bersama mengiringi Tuan Pengarah iaitu IP Rezzuan bin Mat Rahim, Pegawai Pemulihan dan Rawatan dan Ustaz Rosmizal bin Abdullah, Ketua Unit Agama.