| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Perbarisan Tamat Fasa 1 Siri 1/2019 Peringkat Penghuni Penjara Kajang Tahun 2019

Pada 31 Januari 2019 (Khamis), Jawatankuasa Pemulihan Penjara Kajang telah mengadakan Program Perbarisan Tamat Fasa 1 Siri 1/2019 peringkat penghuni penjara Kajang. Program ini dirasmikan oleh PP Zakaria Bin Mat Jusoh (Ketua Seksyen Pemulihan) dan turut dihadiri oleh TPP Mohd Amirzal Bin Abdullah dan PPP Noor Alang Wangsa Bin Muhamad Nor (Ketua Unit PPI). Seramai 94 orang penghuni terlibat dalam perbarisan ini dimana terbahagi kepada 3 platun, dan setiap platun mewakili zon Blok Kekal, dan Rawatan Pemulihan Dadah (RPD). Program ini bertujuan mengiktiraf pencapaian banduan di fasa 1 khususnya dalam meningkatkan lagi tahap disiplin diri di samping mewujudkan semangat kerjasama dalam pasukan. Ianya akan memberi kesan yang positif apabila memasuki fasa 2 nanti. Keseluruhan seramai 337 banduan terlibat telah menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi.