| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program “Back To School 2019” Anak-Anak Anggota Dan Kakitangan Penjara Taiping

Penjara Taiping 28 Disember 2018 (Jumaat) Bertempat di Dewan Long Jaafar, berlangsung program “Back To School 2019” untuk anak-anak anggota dan kakitangan Penjara Taiping. Program ini telah diadakan dengan inisiatif pihak pengurusan Penjara Taiping dengan kerjasama Kelab Sukan Penjara Taiping (KESURA) dan PERSIAP Penjara Taiping. Majlis telah dihadiri oleh Y.S PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping serta Pengerusi PERSIAP Penjara Taiping Puan Ooi Yok Hui. Majlis ini dihadiri oleh ibubapa serta anak-anak seramai 90 orang. Aturcara dimulakan dengan ucapan  Y.S PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping serta penyerahan sumbangan alatan tulis kepada anak-anak kakitangan. Program  diteruskan lagi dengan diadakan program gunting rambut secara percuma untuk anak-anak lelaki yang berumur 6 tahun hingga 17 tahun. Majlis berakhir jam 12.00 tengahari.