| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kemahiran Amal Islami Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh

Program Kemahiran Amal Islami Peringkat Penghuni Penjara Sungai Buloh anjuran bersama Lembaga Zakat Selangor Cawangan Gombak telah diadakan pada hari Khamis, 13 Disember 2018 di Dewan A, Blok Pengurusan dan Surau Penghuni, Penjara Sungai Buloh. Antara pengisian program ialah pertandingan nasyid solo, hafazan, bercerita kisah Nabi, ucapan serta penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Razak Bin Razali, Ketua Operasi Agihan Zakat,Lembaga Zakat Selangor (Cawangan Gombak) dengan disaksikan oleh  Timbalan Penguasa Penjara, Mohammad Safwan Bin Sizali. Program bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.30 Tengahari. Seramai 200 orang banduan dan tahanan terlibat dalam program ini.