| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Azan Dan Pertandingan Bacaan Doa Tahlil Peringkat Penghuni Penjara Limbang 2018

Pada 17 Disember 2018, telah diadakan Program Pertandingan Azan dan Pertandingan Bacaan Doa Tahlil Peringkat Penghuni Penjara Limbang yang bertempat di Blok PPI. Seramai 46 orang penghuni yang menyertai pertandingan Azan manakala 20 orang penghuni telah menyertai pertandingan bacaan doa tahlil. Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Timbalan Penguasa Penjara Hasbullah Bin Berahim pada 18 Disember 2018.  Objektif program ini adalah memberikan pendedahan kepada penghuni dalam tertib melaungkan azan mengikut hukum tajwid dan makhraj yang betul.  Begitu juga dengan bacaan doa tahlil agar dibaca secara tartil dan mengikut hukum tajwid dan makhraj yang betul.