| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Dan Sambutan Krismas Peringkat Penghuni Bersama Ahli Prison Fellowship Limbang Tahun 2018

Pada 18 Disember 2018 (Selasa) bertempat di Blok Pemulihan, Unit Pemulihan Penjara Limbang telah mengadakan Program Jalinan Kasih dan Sambutan Krismas Peringkat Penghuni Penjara Limbang. Objektif Program ini adalah untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan, memberi ruang untuk beramah mesra serta mewujudkan kesedaran kepada masyarakat khususnya ahli keluarga betapa pentingnya sokongan moral dalam membantu proses pemulihan yang dijalankan serta menerima penghuni untuk kembali ke pangkuan keluarga setelah mereka dibebaskan kelak . Program ini bermula pada jam 09.00 pagi dan dihadiri oleh PP Tze Khee Shoon mewakili Pengarah Penjara Limbang. Turut hadir bersama iaitu TPP Hasbullah bin Berahim, Ketua Pengurusan Banduan, KIP Hisshammuddin bin Ali, Ketua Seksyen Pemulihan dan Rawatan, Encik Prem Kumar Pengerusi Prison Fellowship Malaysia, 09 orang ahli Prison Fellowship Limbang dan 15 anggota lain-lain pangkat terlibat dalam kawalan penghuni. Seramai 41 penghuni terlibat dan 5 penghuni diantaranya terpilih untuk perjumpaan Jalinan Kasih dengan ahli keluarga. Antara pengisian program tersebut ialah penyerahan sumbangan yang berbentuk keperluan asas daripada Prison Fellowship kepada penghuni, persembahan koir  lagu krismas oleh penghuni serta sesi beramah mesra bersama ahli keluarga penghuni.