| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Futsal Piala Pengarah Penjara Sungai Petani

Pada 29 Januari 2019, Penjara Sungai Petani telah mengadakan Pertandingan Futsal Piala Pengarah Penjara Sungai Petani bertempat di Sport Arena Amanjaya .Perlawanan ini melibatkan empat kumpulan. Kumpulan Kuning diketuai oleh PP Rizalma bin Che Abdul Hamid telah menjadi Juara dikuti Kumpulan Hijau yang diketuai oleh TPP Zaini bin Ahmad muncul sebagai Naib Juara , Kumpulan Merah diketuai oleh PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar dan kumpulan Biru diketuai oleh TPP Yusrizal bin Othman memperoleh tempat ketiga bersama. Tujuan pertandingan futsal ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah dan hubungan persaudaraan sesama kakitangan Penjara Sungai Petani disamping meningkatkan kecergasan dan kesihatan kakitangan.