| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Penjara Malaysia Ke Kuching, Sarawak

Pada 20 hingga 21 Oktober 2018, YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Zulkiflli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kuching, Sarawak. Program tersebut turut dihadiri oleh YBrs. KP Haji Darussalam bin Hj Budin, Pengarah Penjara Negeri Selangor, YBhg. KP Dato’ Narander Singh a/l Chand Singh, Pengarah Maktab Penjara Malaysia, YDH TKP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, YDH PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Sarawak. Pada 20 Oktober 2018 (Sabtu), YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Zulkiflli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah mengadakan perjumpaan dan lawatan ke Rumah Perantaraan. Manakala pada jam 8.00 malam, YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Zulkiflli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah mempengerusikan Executive Talk bersama Ketua Institusi dan Kakitangan Penjara Sarawak bertempat di Damai Beach Resort Santubong, Sarawak.