| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke- 61 Tahun 2018 Peringkat Penghuni Penjara / PPA / PPK / TTK Simpang Renggam, Johor

Pada 29 Ogos 2018 (Rabu) bertempat di ruang legar kawasan 3 (Dewan Angsana) telah diadakan Program Sambutan Ambang Kemerdekaan yang ke 61 bagi tahun 2018 peringkat penghuni Penjara Simpang Renggam, Johor . Pada tahun ini, seramai (101) orang penghuni terlibat dalam program ini yang terdiri daripada (38) orang tahanan LLPK, (9) orang tahanan POTA, (35) tahanan POCA dan (19) orang banduan. Sempena menyambut hari kemerdekaan kali ini pelbagai aktiviti di jalankan seperti persembahan nyanyian Lagu Patriotik, Berbalas Pantun Bertemakan Kemerdekaan  “Sayangi Malaysiaku” , Pertandingan Sajak Dan Pertandingan Melukis Poster “Tokoh-tokoh Kemerdekaan Malaysia” oleh wakil penghuni dari Rundingcara Banduan dan Rundingcara tahanan. Turut hadir pada program ini PP Ramli Bin Hussain Penguasa Penjara Simpang Renggam, serta Pegawai-pegawai Rundingcara Penjara Simpang Renggam, Johor. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang masuk bertanding.