| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Latihan Kecergasan Fizikal Pegawai Penjara Lantikan Baru Gred KA 19 Penjara Sungai Udang, Melaka

Bagi memastikan  tahap kecergasan fizikal Pegawai Penjara pada tahap yang terbaik, Unit Latihan Penjara Sungai Udang, Melaka telah mengadakan latihan fizikal di luar dari tempat latihan pada 21.07.2018 ( Sabtu ). Seramai 14 pegawai telah menjalani latihan tersebut yang telah diadakan bertempat di Taman Bandaraya Bukit Serindit berhampiran Stadium Tun Fatimah berjogging sebanyak 3 pusingan, Senamrobik bersama orang ramai, Larian di Dataran Pahlawan sebanyak 5 pusingan serta mendaki Bukit St Paul, Melaka. Selain dari menjalani latihan mereka juga didedahkan dengan persekitaran yang nyaman serta  dapat menjalani latihan bersama orang awam.