| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gotong- Royong Basmi Denggi siri 2 /2018 Bersama Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah Di Penjara Sungai Udang, Melaka

Aspek kebersihan merupakan satu perkara yang perlu dititik beratkan bagi setiap orang agar tidak mendapat sebarang penyakit berjangkit yang telah dibawa oleh nyamuk Aedes dan ia akan membentuk sebuah keluarga yang sihat. Oleh yang demikian Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Penjara Sungai Udang dan Syarikat SWM Environment Sdn Bhd telah  telah diadakan pada 18.07.2018 ( Rabu ). Program yang telah diadakan telah melibatkan seramai 180 anggota bersama dari agensi lain. Turut menyertai program ini adalah Ybrs. TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor, Pengarah Penjara Sungai Udang,Ia melibatkan pembersihan di seluruh kawasan kuarters kakitangan.Di samping itu pameran bergerak dari Unit Promosi Kesihatan (Bahagian Vektor) Pejabat Kesihatan Melaka Tengah turut menyertai program ini. Selain itu taklimat dari pegawai kesihatan dan pemberian  ubat jentik-jentik kepada anggota juga diberi secara percuma bagi membasmi pembiakan nyamuk aedes.