| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Zon Selatan 20147 Dan Pelantikan Lembaga Pelawat Sekolah Henry Gurney

02 April 2018 ( Isnin) – Bertempat di Dewan Keris Laksamana, Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 Zon Selatan dengan jayanya. Pada tahun ini Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan majlis berkenaan dan dibantu dari Institusi Penjara Negeri Melaka. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ TKJP Jamaludin bin Saad, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) yang mewakili Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Kementerian Dalam Negeri (KDN), YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed. Turut menghadiri majlis tersebut adalah YBrs. KP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, YBrs. KP Abdul Wahab bin Kasim, Pengarah Penjara Negeri Johor, YBhg. Datuk Akramuddin bin Abd. Aziz, Timbalan Pengerusi Lembaga Pelawat Sekolah Henry Gurney, YDH TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka selaku tuan rumah Anugerah Perkhidmatan Cemerelang (APC), Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Melaka dan Negeri Johor, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka, Lembaga Hakim Pelawat Sekolah Henry Gurney serta kakitangan seluruh Institusi Penjara Negeri Melaka. Dalam majlis ini seramai 233 pegawai dan kakitangan dari seluruh Institusi Penjara Negeri Melaka dan  Institusi Penjara Negeri Johor telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2017 dan 13 pegawai Lembaga Pelawat Sekolah Henry Gurney yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ TKJP Jamaludin bin Saad, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) Ibu Pejabat Penjara Malaysia.