| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Oleh Melaka Zoo & Night Safari Ke Penjara Dusun Dato Murad

22 Mac 2018 (Khamis): Penjara Dusun Dato’ Murad telah menerima lawatan kerja oleh Melaka Zoo & Night Safari bertujuan untuk meninjau persekitaran penjara yang berkonsepkan agro ini dan juga peluang untuk penambahbaikan dalam bidang-bidang berkaitan. Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Rajandran A/L Raja Segran iaitu CEO Melaka Zoo Night & Safari bersama 3 orang kakitangan yang lain dan telah disambut oleh PKP Zamzuri Bin Ghani selaku Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad. Turut dijemput hadir semasa lawatan tersebut ialah KIP Mohd Redzuan Bin Yusop selaku Pegawai Parol & Perkhidmatan Komuniti Daerah Melaka Tengah.