| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Sambil Belajar Daripada Kolej Vokasional Kuching Ke Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak

Pada 7 Mac 2018 (Rabu), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah menerima satu Lawatan Sambil Belajar daripada Kolej Vokasional Kuching yang terdiri daripada (26) orang pelajar dan diketuai oleh (1) orang Guru Pengiring iaitu Encik Shuhor bin Ahmad. Sesi lawatan telah dimulakan dengan Tayangan Montaj Jabatan Penjara Malaysia disusuli dengan Taklimat Kepenjaraan yang telah disampaikan oleh PP Achon anak Tadeng, Ketua Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak dan Taklimat Penglibatan Remaja dan Jenayah daripada PP Bolkiah bin Srah, Ketua Bahagian Keselamatan & Inteligen. Sesi lawatan juga dipenuhi dengan Pameran Kepenjaraan dan lawatan sekitar Kompleks Penjara Puncak Borneo. Sijil Penyertaan juga turut disampaikan kepada Kolej Vokasional Kuching pada akhir majlis.