| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih semperna Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Jasin

Pada 23 Februari 2018 (Jumaat), bertempat hadapan Pintu Utama Unit Pemulihan Dan Rawatan, Pusat Koreksional Jasin (Sekolah Henry Gurney Jasin) telah mengadakan  Program Jalinan Kasih semperna Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat  Penghuni Pusat Koreksional Jasin (Sekolah Henry Gurney Jasin) .Program telah melibatkan 5 orang penghuni dan 15 ahli keluarga telah berlangsung dalam suasana meriah dan lancar. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran PKP Noratimah Binti Abu Bakar, Pengarah Pusat Koreksional Jasin bersama PP Mohd Saifullah Bin Md Akhir serta TPP Aswari Bin Che Ibrahim Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Pusat Koreksional Jasin.  Majlis dimulakan persembahan tarian singa, ucapan Pengarah dan wakil penghuni. Turut diadakan gimik Yee Sang, permainan silang kata dan persembahan nyanyian oleh penghuni. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar antara kakitangan dengan keluarga penghuni. Program ini bertujuan untuk memberi kesempatan dan juga  peluang kepada penghuni untuk berjumpa dengan keluarga dan merasai sendiri sambutan tahun baru cina bersama keluarga disamping merapatkan hubungan kekeluargaan. Melalui sokongan dan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh pihak ahli keluarga diharap akan memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk meneruskan program-program pemulihan di dalam penjara.