| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kaunseling Keluarga (Nafkah & Tanggungjawab) Peringkat Penghuni Penjara Marang, Terengganu Bagi Tahun 2018

31hb. Januari 2018 (Rabu) - Unit Psikologi & Kaunseling Penjara Marang telah mengadakan Program Kaunseling Keluarga (Nafkah dan Tanggungjawab) bertempat di Surau Al-Falah Penjara Marang, Terengganu. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk membantu penghuni-penghuni Penjara Marang yang menghadapi masalah dalam rumah tangga berkaitan dengan tanggungjawab dan hukum hakam dalam perkahwinan. Ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Zulkifli Bin Othman, Pegawai  dari Pejabat Agama Majlis Daerah Marang yang disertai seramai 150 orang banduan.