| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Projek Penempatan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas SHG Telok Mas Melaka

Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia telah meluluskan Projek Penempatan penghuni bagi Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda pada 10 hingga 14 Januari 2019 di Kampung Paya Lebar Masjid Tanah Melaka. Projek penempatan ini adalah menjadi satu komponen wajib untuk peserta Tahap Emas Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang turut di pantau oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Pelbagai aktiviti yang di lakukan oleh peserta tersebut antaranya mengikuti Program Komuniti Sihat Perkasa Negara bersama komuniti Kampung Solok Limau dan Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Masjid Tanah, Aktiviti Membuat Kuih Bakar di IKS Kampung Paya Lebar, Lawatan ke Perusahan Madu Kelulut, Aktiviti Tanam Pokok Rambutan di Masjid Paya Lebar dan Lawatan Tapak Taman Lokan Masjid Tanah. Peserta juga menunjukan kemahirannya dengan mengajar kelas menjahit kepada penduduk Kampung Paya Lebar Masjid Tanah. Setelah menjalani program ini, laporan penempatan akan dihantar kepada Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka untuk pemeriksaan dan penganugerahan.