| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Taiping Dan Penyerahan Lawatan

08 Januari 2018 Penjara Taiping, telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat. Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat (2) Sarjan Mejor dan (4)  Koperal TBBK kepada kakitangan dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada anggota yang telah menunjuk prestasi cemerlang kepada jabatan khususnya Penjara Taiping dan anugerah cemerlang anggota dalam perkhidmatan sepanjang 15 tahun berkhidmat tanpa cuti sakit. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh PKK Charin Promwichit Pengarah Penjara Taiping dengan memberi ucapan dan menyampaikan perutusan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia sempena tahun baru 2018. Program di teruskan lagi dengan lawatan kebajikan ke Tabika Kemas dan KAFA anak-anak anggota Penjara Taiping.