| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jati Diri Banduan Daesh Penjara Pusat Kota Kinabalu Tahun 2019

Pada 12 Disember 2019 - Bertempat di Ruangan Pejabat Surau Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan satu program yang dinamakan "Program Jati Diri" bagi banduan DAESH. Program ini dikelola oleh Unit Pemulihan dan Rawatan dengan bantuan Unit Kawalan dan Pencegahan Penjara Pusat Kota Kinabalu. Seramai 17 orang banduan DAESH terlibat dengan program tersebut yang turut dihadiri oleh 04 orang pegawai pemulihan institusi dan 02 anggota UKP. Pelbagai aktiviti yang dijalankan selama 2 jam program berlangsung antaranya penerangan mengenai Peratura-Peraturan Penjara, latihan dalam kumpulan, pembentangan serta pekongsian yang dikendalikan oleh Sarjan Mejar Kassim bin Ag Aman. Antara lain program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan terperinci mengenai Peraturan-Peraturan Penjara serta memupuk jati diri dikalangan banduan DAESH semasa menjalani hukuman di dalam penjara. Program ini mendapat reaksi yang positif dikalangan banduan DAESH berdasarkan penglibatan serta kerjasama yang mereka tunjukan semasa aktiviti berlangsung.