| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Negeri Melaka

10 Disember 2019,Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah dipertanggungjawabkan sebagai penganjur Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Negeri Melaka yang dihadiri oleh YBhg. KP Datuk Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka, 150 orang pegawai dan kakitangan termasuk 30 orang Orang Di Selia (ODS) institusi ini. Ia selaras dengan objektif majlis bagi menghimpunkan semua warga kerja Penjara Negeri Melaka, dan merupakan salah satu platfom terbaik bagi menyampaikan arahan, maklumat dasar terkini jabatan. Antara pengisian program ialah, sesi pemakaian pangkat Sarjan Mejar TBBK, Koperal TBBK, Sijil Penghargaan kepada pegawai dan kakitangan juga kepada agensi luar seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Jasin, Pejabat Pertanian dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka yang berkolaborasi sepanjang tahun dengan institusi ini. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh pegawai dan kakitangan institusi ini juga oleh Orang Di Selia (ODS) dan diakhiri dengan ucapan selawat bersama-sama.