| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kumpulan KIK Walid Menyertai Konvensyen Inovatif, Efisien & Produktif (KIEP) 2019 UTM, Skudai

09 Disember 2019 (Isnin) : Kumpulan KIK Walid melalui Fasilitator/Ketua Kumpulan PP Mohd Faizal bin Jidin telah dijemput sebagai panel juri dan diminta memberikan taklimat perkongsian kejayaan Inovasi dan KIK Jabatan Penjara Malaysia khususnya Penjara Dusun Dato Murad kepada ahli-ahli Inovasi dan KIK Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Turut hadir pada konvensyen ialah Professor Dr Yahaya bin Md Sam Pengarah Pusat Kualiti Perkhidmatan & Pengurusan Risiko UTM QRiM yang berlangsung di Dewan Banquet, Bangunan Canselori Sultan Ibrahim, UTM Skudai sempena Konvensyen Inovatif, Efisien & Produktif (KIEP) Tahun 2019. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pendaftar UTM YBrs Abdul Razib bin Haji Shahudin.

Jemputan ini merupakan satu penghargaan dan penghormatan yang amat bernilai kepada Jabatan Penjara Malaysia dalam meningkatkan imej jabatan kepada pihak luar.