| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Team Building Akrab Penjara Limbang

Pada 30 November 2019 (Sabtu), Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam(AKRAB) Penjara Limbang telah mengadakan program memancing di sekitar Sungai Limbang yang melibatkan seramai 20 orang anggota dengan menggunakan 4 buah perahu. Objektif program ini adalah menjalinkan komunikasi baik, memupuk rasa tanggungjawab dan kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan selain dapat memupuk suasana yang ceria dan mengurangkan tekanan. Akrab memainkan peranan penting sebagai agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkidmatan awam dan akan terus menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja bagi meningkatkan potensi dan kecermerlangan diri dari masa ke semasa. Program berakhir pada jam 2.00 Petang disusuli dengan aturcara penyampaian hadiah bagi tangkapan ikan terbanyak.