| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbarisan Bulanan Bulan Disember Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Tahun 2019

Pada 03 Disember 2019 (Selasa) jam 8.00 pagi telah diadakan Perbarisan Bulanan Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang bagi bulan Disember 2019 dan Majlis Pemakaian Pangkat telah disempurnakan oleh PKK Hj. Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang di iringi PP Mohamad Jusoh bin Ismail bertempat di Dataran Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Pemakaian pangkat terdiri daripada (13) Sarjan Mejar Penjara KA 24 (TBBK) dan (11) Sarjan Penjara KA 22 (TBBK). Perbarisan pada kali ini diketuai oleh TPP Mahalim bin Mat Nor.