| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Berkhatan Anjuran Institusi Penjara Penor

Pada 08 Disember 2019 ( Ahad ) telah dianjurkan Program Berkhatan anjuran Institusi Penjara Penor dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Seramai ( 13 ) orang anak - anak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan tersebut. Program dimulakan dengan anak - anak diarak menggunakan lori penjara dan persembahan silat oleh anggota penjara, pemberian KFC, cenderamata, kain pelikat, suapan pulut semangat oleh ibu bapa serta diakhiri dengan mandi sembur air bomba. Program berkenaan turut dihadiri oleh YH. Penolong Kanan Komisioner Dato’ Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Penor, Penguasa Penjara Ahmad Supian bin Jaafar, Timbalan Pengarah Penjara Penor, Timbalan Penguasa Muhammad Zulfaqar bin Abas, Timbalan Penguasa ( Keselamatan ) Penjara Penor, dan Penolong Penguasa Penjara Mohd Rani bin Zakaria, Komandan Pusat Reintegrasi Penghuni, Kem Batu 10, Kuantan, Pahang.