| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Praktikal Penyembelihan Ayam Bagi Banduan Di Kelas Tahfiz Penjara Marang, Terengganu Tahun 2019

04 Disember 2019 (Rabu), seramai 25 orang penghuni yang terdiri daripada banduan Kelas Tahfiz telah berpeluang mengikuti Program Praktikal Penyembelihan Ayam yang telah diadakan di Perkarangan Kelas Tahfiz Penjara Marang, Terengganu. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada banduan mengenai cara penyembelihan yang betul serta berkaitan dengan hukum penyembelihan dalam agama Islam.

Program telah bermula pada jam 09.30 pagi dengan disertai oleh tenaga pengajar daripada JAKIM serta anggota yang terlibat. Rata-rata banduan melahirkan rasa bersyukur dengan pendedahan yang diberikan memandangkan sebelum ini mereka langsung tidak berpeluang untuk mengikuti pembelajaran praktikal seperti ini.

Sebagai salah satu modul atau aktiviti dalam Program Pemulihan Insan (PPI) yang dijalankan di Penjara Marang ini diharapkan agar dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam usaha memberi pemulihan secara berterusan kepada penghuni sebelum mereka dibebaskan kelak.