| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Yab Menteri Besar Negeri Sembilan Ke PRP Kem Gemas

Pada 03 Disember 2019 Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas Negeri Sembilan telah menerima lawatan kerja YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan bersama YB Dato’ Dr Razali bin Ab Malik Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Brigedier Jeneral MHD Nazri bin Abd Rahman Panglima 1 Briged. Lawatan kerja YAB Dato’Seri Haji Aminuddin bin Harun merupakan lawatan julung kali bagi melihat perkembangan dan status terkini Pusat Reintegrasi Penghuni Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas. Taklimat ringkas lawatan oleh Penguasa Penjara Wan Rosli bin Dollah Pegawai Yang Menjaga Pusat Reintegrasi Penghuni Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas. Lawatan Kerja ini turut dihadiri Penolong Kanan Komisioner Abdul Rahman bin Taib Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Lawatan kerja dimulakan dengan persembahan Buskers ODS, Rekfleksiologi ODS, pertunjukan kawad formasi, kursus pengurusan jenazah dan ceramah motivasi oleh pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan serta taklimat projek pertanian Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas.