| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Maulidur Rasul Sekolah Agama (JAIM) Henry Gurney Telok Mas Melaka

Pada 13 November 2019 Pentadbiran Sekolah Agama (JAIM) Henry Gurney dengan kerjasama BAPEM Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menganjurkan Program Sambutan Maulidur Rasul yang melibatkan seramai 116 orang pelajar termasuk 26 pelajar wanita Tun Teja.Program ini bertujuan mendidik pelajar mengenali dan mencintai Rasulullah S.A.W serta mentarbiyah murid beramal dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan doa selamat serta ceramah “Maulidur Rasul” yang disampaikan oleh Ustaz Saufi Kamaluddin. Pengarah Urusan Sinar Haramain. Program ini turut dihadiri oleh PP Redzuan Bin Saghil@Yusof. Timbalan Pengarah SHG Telok Mas,Melaka.