| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 2019

Tanggal 9 November 2019 (Sabtu), merupakan satu hari yang cukup bermakna bagi seluruh umat Islam di dunia dimana mengikut kalendar hijriyah, tarikh tersebut bersamaan dengan 12 Rabiulawal, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan. Pusat Koreksional Jasin Melaka juga tidak ketinggalan meraikannya. Seramai 11 orang peserta termasuk Pengarah Pusat Koreksional Jasin Melaka, PKP Noratimah binti Abu Bakar turut serta menyertai perarakan Maulidurrasul yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Melaka. Perarakan bermula dari Stadium Hang Tuah dan berakhir di Dataran Pusat Islam Melaka, Bukit Palah. Semoga dengan sambutan sebegini akan meningkatkan semangat kecintaan kita terhadap Rasulullah S.A.W. bagi mengembangkan syiar Islam ke setiap pelusuk tanah air.