| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Jasin Tahun 1441H/2019M

Isnin, 2 Disember 2019M bersamaan 5 Rabi’ul Akhir 1441H, Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Jasin Tahun 1441H/2019M telah diadakan di Perkarangan Blok Damai, Pusat Koreksional Jasin. Pelbagai Pertandingan diadakan sempena majlis ini, antaranya ialah Pertandingan Perarakan Sepanduk, Pertandingan Sajak Rasulullah S.A.W dan Pertandingan Azan yang  disertai oleh Orang Yang Diselia (ODS) Pusat Koreksional Jasin.
Penglibatan semua penghuni dalam perarakan dan meraikan majlis ini, memeriahkan lagi Majlis Sambutan Mauliur Rasul pada tahun ini. Selain itu, turut diadakan  ceramah yang bertajuk “Rasulullah S.A.W Idola Agung” dengan penceramah jemputan Ustaz Muhammad Asyraf Bin Sulaiman, Pegawai Hal Ehwal Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM). Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para pemenang pertandingan.