| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Wacana Motivasi Penjara Peringkat Penghuni Penjara Seberang Perai Bersama Yadim, Zon Utara

Pada 11 November 2019 (Isnin), Unit Agama dan Unit Pemulihan Penjara Seberang Perai telah menganjurkan Ceramah Wacana Motivasi Penjara Peringkat Penghuni Penjara Seberang Perai. Program jalinan kerjasama bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ini telah diadakan sebagai langkah memberi bimbingan dalam program pemulihan kepada penghuni di institusi. Seramai  70 penghuni  lelaki dan 87 penghuni  wanita beserta kakitangan terlibat dalam program tersebut yang dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Fathiah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan Ustaz Ariff bin Zakki yang dijemput khas oleh pihak YADIM. Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan penyampaian cenderahati penghargaan atas jasa dan sumbangan yang diberikan.